Klik aje le

Monday, July 14, 2014

Salah tabur bunga atas kubur

gambar hiasan dari Google

Oleh sebab kurang ilmu agama maka banyaklah amalan yang kita lakukan tidak bersandarkan sumber ilmu yang sahih di dalam Islam seperti Al Quran, Hadis dan Alim Ulama sehinggakan perkara yang kita lakukan dianggap amalan Islam tetapi sebenarnya telah mengikut amalan agama lain iaitu amalan agama Yahudi dan Nasrani.

Begitu jugalah seperti yang amalan umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Oleh itu kita perlu berhati-hati melakukan sesuatu perkara dan yang lebih baik banyakkan menuntut ilmu atau bertanya kepada mereka yang lebih arif. Wallahuallam

Jangan tiru Yahudi dan Kristian tabur bunga di kubur

Ramai yang tidak mengetahui amalan menabur bunga di kuburan adalah amalan Yahudi dan Kristian yang bertentangan dengan Islam. – Gambar AFP.

Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di Kangar, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperoleh ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.

"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.

Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.

Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. – Bernama, 14 Julai, 2014.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...