Klik aje le

Tuesday, July 29, 2014

Wartawan mesti beretika dan sensitif

Usik cebisan mayat: Jaga sensitiviti keluarga

28 Julai 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1




Gambar dari Sinar Harian Online

Sinar Harian Online mengulas berita tentang seorang wartawan portal berita yang membuat siaran secara langsung di tapak nahas MH17 dengan mengusik bahan bukti di kawasan nahas sehinggakan mendapat reaksi seorang menteri yang membuat kenyataan berbunyi, " Pengamal media perlu bertanggungjawab ketika membuat liputan tragedi MH17 dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggores hati anggota keluarga mangsa."

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sebagai mengulas kritikan warga siber terhadap seorang wartawan portal berita Malaysia yang dikatakan mencucuk cebisan dipercayai kulit mangsa tragedi MH17 di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.

Beliau juga berkata, media sepatutnya berkongsi kesukaran yang dialami pasukan penyiasat untuk mencari bukti terutama apabila lokasi kejadian terletak dalam kawasan yang dilanda konflik.

Pesawat MAS Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang serta anak kapal. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...