Klik aje le

Sunday, August 10, 2014

Abdul Khalid masih MB Selangor

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Gambar dari Sinar Harian Online

Pagi ini berita yang agak sensasi yang disiarkan oleh Sinar Harian Online tentang pemecatan MB Selangor oleh PKR memetik kenyataan Setiausaha Agung PKR bahawa berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi Menteri Besar Selangor yang sah.

Bagaimanapun Abdul Khalid tidak lagi mempunyai sokongan majoriti berdasarkan faktor keputusan DAP dan PKR tidak lagi menyokong beliau.

Abdul Khalid tidak lagi mempunyai majoriti sokongan Adun Selangor dan sebab itu tidak memenuhi syarat untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin menambah. PKR akan membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid dalam Dewan Undangan Negeri bertujuan menyingkirkannya daripada jawatan berkenaan secara sah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...