Klik aje le

Saturday, August 9, 2014

Amerika mulakan serangan udara di Iraq


Serangan udara Amerika Syarikat di Iraq. - Foto AFP/Tentera Laut AS/Joshua Card
Gambar dari Astro Awani

Astro Awani Online menyiarkan berita tentang Amerika Syarikat telah telah mulakan pengeboman udara ke atas sasaran militan Islam di Irbil, berdekatan bandar Kurdish.

Ia menandakan serangan udara pertama AS ke atas Iraq semenjak ia menarik balik tentera daratnya dari negara bergolak itu pada 2011.

Barack Obama pada Khamis memberikan kebenaran untuk melancarkan serangan udara ke atas Iraq.

Berikutan itu, dua jet FA-18 menjatuhkan bom berpandukan laser seberat 227 kg ke atas sasarannya, iaitu Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS).

AS mendakwa ISIS melakukan serangan ke atas tentera Kurdish bernama ‘pershmega’ yang cuba mempertahankan Irbil dan mengancam warga AS di bandar tersebut. Tentera AS akan meneruskan serangan tindak balas ke atas ISIS apabila mereka mengancam kakitangan dan kemudahan Pentagon.

Tindak balas AS ke atas ISIS berikutan serangan puak pelampau Islam itu ke atasgolongan minoriti Yazidi yang dikepung di Gunung Sinjar dan juga ancaman ke atas Irbil dan Baghdad, di mana terletaknya "penasihat tentera" US.

Jet perang AS, difahamkan, sudah lama beroperasi di kawasan Kurdish dan Pentagon khuatiri kehadiran ISIS di Irbil akan menjadi ancaman.

Obama, dalam ucapannya pada Khamis, menyatakan AS bertindak untuk mengelakkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh ISIS terhadap golongan minoriti.

Obama turut memberitahu bahawa beliau tidak akan mengerahkan semula pasukan tentera darat ke Iraq
namun tidak akan membenarkan Amerika terlibat dalam memerangi satu lagi perang di Iraq.

Bantuan kemanusiaan seperti bekalan makanan dan air sudah mula diturunkan dari udara kepada penduduk Iraq yang melarikan diri dari serangan puak pelampau Islam itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...