Klik aje le

Wednesday, August 6, 2014

Gesaan batalkan konsert Mariah Carey

Mariah Carey
Gambar dari Sinar Harian Online

Sinar Harian Online melaporkan tentang permintaan GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar kerajaan membatalkan konsert penyanyi antarabangsa, Mariah Carey bagi menghormati insiden nahas pesawat MH17.

Presidennya, Abdul Malik Abdul Razak berkata, kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan hari berkabung untuk mangsa nahas MH17.

“Gamis amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey kerana pada ketika ini, kita semua masih dalam kesedihan berikutan nahas MH17 dan serangan Israel ke atas Gaza.

“Ketika saudara Islam di Gaza dibunuh, kita begitu mudah merelakan anak muda dirobek akidah dan akhlak mereka dengan hidangan hiburan dan model berpakaian seksi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Gamis memandang serius penganjuran konsert yang menurutnya mampu merosakkan budaya dan pemikiran anak muda.

“Melalui promosi artis luar negara dengan penampilan seksi dan tidak menutup aurat, ia akan mempengaruhi gaya hidup anak muda dan sangat bahaya bagi produk kepimpinan negara masa akan datang,” katanya.

Konsert penyanyi itu merupakan sebahagian daripada siri jelajahnya ke Asia sempena pelancaran album terbarunya.

Ia dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan Malaysia menjadi lokasi pertama penjelajahan konsert itu di rantau Asia Tenggara selepas Carey mengadakan persembahan di China.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...