Klik aje le

Sunday, August 10, 2014

Israel mulakan serangan baru

Gambar hiasan dari Google

Tamat sahaja tempoh genjatan senjata pada Jumaat kelmarin, menyaksikan berbalas serangan kembali bermula di Gaza.

Terbaru semalam, beberapa lagi kematian direkodkan di Gaza selepas diserangan roket tentera rejim.

Sekurang-kurangnya lima kematian dicatatkan semalam menjadikan angka korban rakyat Palastin keseluruhan setakat ini 1907 orang.

Sementara itu tiga lagi masjid musnah diserang jet pejuang F16 israel dalam serangan terbaru tersebut.

Sehingga kini lebih 64 buah masjid sudah dihancurkan sepenuhnya tentera zionis manakala 150 lagi separuh hancur.

Serangan terbaru pada Ahad menyaksikan tentera rejim mensasarkan penempatan Palestin di Rafah dan Khan Younis.

Sementara itu pasukan sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam turut membalas serangan dengan bedilan roket ke Israel.

Dalam satu kenyataan, Israel mendakwa 24 roket Hamas meletup dikawasan mereka pada Sabtu.

Jurucakap tentera rejim Avichay Adraee berkata pihaknya pula melancarkan serangan udara ke 120 sasaran di Gaza pada hari sama lapor Harakahdaily pada 10 Ogos 2014.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...