Klik aje le

Wednesday, August 27, 2014

Kemenangan bersejarah HAMAS ke atas tentera Zionis Israel

Gambar dari Harakahdaily

SELEPAS melalui kesengsaraan selama kira-kira 50 hari, akhirnya perjanjian damai antara Israel dan Palestine Gaza telah dicapai lewat petang semalam dalam rundingan di Kaherah. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan pertempuran yang telah mengakibatkan lebih daripada 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, 64 askar Israel dan lima orang awam di Israel terbunuh.

Perkembangan ini memberi kelegaan yang amat mendalam kepada umat Islam dan pejuang hak asasi.

Kemenangan dengan tercapainya perjanjian damai antara HAMAS dan Regim Zionis Israel yang memaksanya tunduk dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh HAMAS lapor Harakahdaily memetik kata Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi PACS yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau turut memetik ayat al-Quran dalam menggambarkan suasana perperangan yang melanda bumi Gaza.

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." Surah Al-Ahzab: 33

Perang Gaza yang terbaru ini adalah perang yang paling lama disertai oleh Zionis Israel yang berlalu selama 52 hari. Dalam perang-perang sebelum ini menentang negara-negara Arab; Zionis Israel telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, Bukit Jolan, Sinai dan lain-lain lagi. Akan tetapi dalam perang menentang HAMAS di Gaza tentera Zionis Israel tidak berjaya menawan walaupun seinci bumi Gaza.

Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan bersejarah HAMAS ke atas tentera Zionis Israel tetapi juga adalah kemenangan kepada seluruh umat Islam.

Sebahagian daripada perjanjian itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menangani isu-isu yang lebih kompleks membahagikan mereka - termasuk pembebasan tahanan Palestin dan permintaan Gaza untuk pelabuhan laut - melalui rundingan terus tidak langsung bermula dalam tempoh sebulan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...