Klik aje le

Thursday, August 21, 2014

Seluruh masjid diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok



Astro Awani Online melaporkan dari SEPANG memberitakan bahawa seluruh masjid diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok sempena istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat jenazah ghaib akan diadakan serentak dengan solat jenazah hadir yang diadakan khusus untuk menerima jenazah bagi disolat sebelum dikebumikan.

Jamil Khir berkata bahawa setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.

Beliau juga menyetakan yang solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi tujuan penyelarasan, solat jenazah ghaib peringkat negara akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia akan tiba esok dari Amsterdam, Belanda dan diberi istiadat penghormatan tertinggi negara yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...