Klik aje le

Thursday, September 4, 2014

CETUSAN ilham Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah mengubah landskap sukan hoki negara


Alagendra
Gambar dari Sinar Harian Online

CETUSAN ilham Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dilihat faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan serta perkembangan sukan hoki negara hari ini hasil daripada perubahan mentaliti pemain, lapor Sinar Harian Online.



Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHSM), Tan Sri P Alagendra berkata, cetusan ilham berkenaan telah mengubah landskap sukan hoki negara.

Malah katanya, cetusan ilham berkenaan sekali gus menyaksikan penubuhan Yayasan Hoki Malaysia dalam usaha merealisasikan perubahan berkenaan.

Pada dekad 50-an lalu, Malaysia agak ketinggalan dalam sukan hoki di belakang pasukan seperti Jerman, Belanda, Pakistan, India dan lain-lain.

Malaysia diiktiraf antara pasukan handalan dunia berdasarkan pencapaian cemerlang dalam beberapa kejohanan bertaraf antarabangsa.

Hadir sama, Presiden FHI, Leandro Negre, Kelly Fairweather (Ketua Pegawai Eksekutif), Fumio Ogura (Bendahari) dan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Tayyab Ikram.

Alagandra berkata, delegasi dari 28 negara di bawah FHI hadir bagi menziarahi makam Almarhum Sultan Azlan Shah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Katanya, kehadiran delegasi berkenaan bertujuan bagi menyatakan penghormatan kepada Almarhum Sultan Azlan Shah terhadap segala jasa serta sumbangannya kepada perkembangan sukan hoki.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...