Klik aje le

Friday, September 19, 2014

Semua MB Selangor 'keluar ikut tingkap'

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam nada berseloroh berkata, kerusi yang pernah disandangnya itu memang kerusi panas sehingga menyebabkan ramai penyandangnya 'keluar ikut tingkap'.

Beliau juga mengakui hairan, "kenapa orang suka sangat berebut jawatan (menteri besar) ini. Kebanyakannya masuk ikut pintu depan tetapi bila habis terjun ikut tingkap... dari mula sehingga yang terkini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) juga hampir mengikut langkah yang sama. Kalau siapa balik (berhenti) ikut pintu, itu luar biasa. Ikut tingkap perkara biasa."

Beliau sebelum itu disoal oleh penonton, kenapa kerusi Menteri Besar Selangor itu panas dan rata-rata bekas menteri besar yang mentadbir berdepan dengan masalah pada Wacana Sinar Harian siri ke-31 berjudul 'Kerusi Panas MB Selangor' di sini, semalam.

Abdul Khalid Ibrahim dilihat turut terkena badi bekas menteri besar yang lalu apabila berdepan dengan pelbagai halangan sehingga beliau didesak untuk melepaskan jawatan.

Kerusi Menteri Besar Selangor dianggap panas sejak tahun 1964 lagi apabila Datuk Harun Idris dipaksa melepaskan jawatan atas dakwaan rasuah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...