Klik aje le

Tuesday, October 14, 2014

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg lawat Pasar Tanah Abang


Peniaga dan pengunjung di sekitar kelihatan cuba untuk bersalaman dengan Zuckerberg - Gambar AFP

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg hari ini melawat gedung tekstil di Jakarta ketika lawatannya ke Indonesia untuk mempromosikan akses internet murah.

Zuckerberg ditemani calon Presiden, Joko Widodo ketika melawat Pasar Tanah Abang, yang terletak di tengah ibu kota republik itu di mana orang ramai memenuhi ruang jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, lapor media tempatan TVONE.

Peniaga dan pengunjung di sekitar kelihatan cuba untuk bersalaman dengan Zuckerberg yang ketika itu memakai sut lengkap.

Zuckerberg berada di Indonesia untuk mempromosikan Internet.org, satu perkongsian global khusus untuk membolehkan akses internet pada kadar berpatutan kepada mereka yang kurang berkemampuan.



Pengasas Facebook ini menarik ramai peniaga di sekitar gedung tekstile yang terletak di Jakarta- Facebook Mark Zuckerberg

Berdasarkan syarikat Facebook, Indonesia adalah antara pengguna Facebook yang teramai di dunia, di mana terdapat kira-kira 70 juta pengguna Facebook dari negara itu.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pengasas-facebook-mark-zuckerberg-lawat-pasar-tanah-abang-46008?cp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...