Klik aje le

Tuesday, November 11, 2014

Jakim ajak transgender sertai kem kerohanian

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak lebih ramai pihak khususnya yang kecelaruan gender menyertai program-program khas Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha (bawah) berkata mereka boleh menyertai program berbentuk mukhayam (camping) itu secara sukarela yang berteraskan pengukuhan diri, kerohanian dan pemulihan.


Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jakim di talian 03-88864000, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Namun, kita tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang dan promosi melalui Facebook," katanya.

Beliau juga berharap tiga jurumekap pengantin yang terlibat berhubung isu transgender seperti dilapor baru-baru ini supaya menghubungi Jakim secara sukarela bagi menyertai program berkenaan.

Othman berkata sejak program itu dimulakan pada 2010, ia mendapat sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang khususnya golongan transgender - lelaki berpakaian seperti wanita.

Othman berkata selepas menyertai program berkenaan, peserta-peserta meneruskan program kerohanian atas inisiatif sendiri dengan bantuan JAIN.

Beliau berkata kumpulan ini sekaligus meninggalkan aktiviti songsang dan membantu Jakim untuk meneruskan aktiviti pemulihan kerohanian kepada rakan-rakan yang senasib.

- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...