Klik aje le

Friday, November 7, 2014

Jangan serah tugas warden kepada guru

Azizan

PADANG BESAR - Umno Bahagian Padang Besar mencadangkan supaya tugas sebagai warden asrama sekolah tidak diserahkan kepada guru, sebaliknya melantik individu lain yang boleh memberi komitmen 24 jam di asrama.

Timbalan Ketua Umno, Azizan Sulaiman berkata, kejadian buli di asrama yang begitu ketara sejak kebelakangan ini jelas memerlukan warden asrama berada sepenuh masa di kawasan asrama.

Menurutnya, sekiranya diberikan tugas warden kepada guru, ia akan membebankan guru terbabit yang terpaksa memikul dua tugas dalam masa yang sama.

“Kerja guru yang hakiki adalah mengajar dan bebanan menjadi warden menyebabkan guru mengalami tekanan sehingga tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai warden dengan sebaiknya.

“Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, ramai guru yang ditugaskan sebagai warden tidak berpuas hati dengan kerja diberikan selain elaun rumah guru itu juga dipotong apabila kerajaan sudah menyediakan rumah untuk mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azizan berkata, adalah lebih baik Kementerian Pendidikan mengkaji semula supaya mewujudkan jawatan khas bagi warden asrama sekolah dan bukan dari kalangan tenaga pengajar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...