Klik aje le

Saturday, November 15, 2014

Telefon bom jangka


ANTARA mangsa kejadian telefon bimbit meletup ketika digunakan.

Kuala Lumpur: Pengguna telefon bimbit terdedah pada bahaya 'bom jangka' di telinga susulan peningkatan kes letupan mendadak telefon bimbit atau bateri telefon bimbit tiruan.

Berdasarkan aduan diterima, lebih 50 mangsa membuat aduan selepas telefon bimbit palsu, bateri serta alat pengecas bateri telefon tiruan digunakan meletup tiba-tiba selain terbakar.

Wakil Bahagian Undang-Undang Samsung Malaysia, Eow Khin Fatt berkata, pihak Samsung menerima banyak aduan berhubung aksesori telefon tiruan yang meletup selepas digunakan.

Menurutnya, kes terbaru dilaporkan minggu lalu membabitkan letupan telefon bimbit disebabkan penggunaan bateri tiruan oleh pemiliknya.

"Kejadian berhubung letupan berpunca dari telefon bimbit dan bateri tiruan ini bukan perkara aneh kerana ujian makmal membuktikan bateri tiruan boleh mendatangkan bahaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9028#sthash.RR8MlEsc.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...