Klik aje le

Friday, December 5, 2014

Bateri tahan lama


Pelancaran telefon pintar Huwei Mate 7 di Bangsar

Syarikat elektronik gergasi, Huawei baru-baru ini melancarkan telefon pintar dalam kalangan phablet terbaharu keluaran mereka iaitu Ascend Mate 7 secara rasmi untuk pasaran negara ini.

Peranti yang merupakan generasi ketiga dalam keluarga Ascend itu masih mengekalkan saiz paparan skrin 6 inci seperti versi asal sebelumnya dengan kapasiti bateri 4,100 mAh.

Dikuasakan oleh pemproses tersendiri iaitu Kirin 920 lapan teras yang menggabungkan A15 1.8 giga herz (GHz) dan A7 1.3 Ghz, Ascend Mate 7 mampu mengoptimasikan penggunaan tenaga bateri sehingga dua hari.

Dilengkapi dengan kamera belakang berkapasiti 13 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 5 MP, ia dilihat melengkapi mutu fizikal yang direka menggunakan binaan berasas logam dengan ketebalan sekitar 7.9 milimeter.

Menurut Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna, Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu, pelancaran Ascend Mate 7 di negara ini merupakan komitmen yang diberikan kepada Malaysia

“Ascend Mate 7 merupakan peranti serba lengkap menerusi saiz skrin yang lebih besar serta jangka hayat bateri yang tahan lebih lama selain ciri-ciri keselamatan yang terkini.

“Selain itu, telefon bimbit pintar ini turut dilengkapi dengan antaramuka EMUI 3.0 baharu daripada Huawei yang boleh dikemaskini dari segi rekabentuk dan cara penggunaan antara muka yang berbeza dengan sebelumnya,” katanya pada majlis memperkenalkan Ascend Mate 7 di ibu negara baru-baru ini.

Tambahnya lagi, peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang yang membolehkan pengguna mengakses peranti dengan pantas tanpa perlu memasukkan kata laluan disamping mengunci peranti dengan lebih selamat.

Hadir dalam dua variasi iaitu pilihan storan 2 GB RAM dan 16 GB atau 3 GB RAM dan 32 GB, versi asas 2 GB RAM dijual pada harga RM1,799 manakala versi premium berharga RM1,999 yang turut hadir dalam pilihan warna emas.

Kedua-dua slot menyokong rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G dengan mengaktifkan salah satu pada sesuatu masa.

Huawei turut mengatakan kesediaan mereka menawarkan penukaran set baharu dalam tempoh setahun bagi peranti ini jadi pengguna mempunyai masalah dengan Ascend Mate 7.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ascend Mate 7, boleh layari laman web www.consumer.huawei.com/my/.

Oleh NOOR DIANA AZIS

diana.azis@utusan.com.my

Spesifikasi 
Ascend Mate 7

Pemproses: HiSilicon Kirin 925 Quad-core 1.8 GHz Cortex-A15 & quad-core 1.3 GHz Cortex-A7

Sistem operasi: Android 4.4 (KitKat)

Dimensi: 157 x 81 x 7.9 milimeter

Berat: 185 gram

Paparan: 6 inci

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 3

Memory: sehingga 128 GB

Storan: 16 GB, 2 GB RAM atau 32 GB, 3 GB RAM

Kamera: 13 MP (belakang), 5 MP (belakang).

Bateri: 4, 100 mAh

Harga: RM 1,799 (2 GB RAM)

RM 1,999 (3 GB RAM)

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/bateri-tahan-lama-1.31386#sthash.6JSTRiiL.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...