Klik aje le

Sunday, December 7, 2014

Cadangan daftar automatik bagi pengundi cecah umur 21 tahun


Gambar bekas pengerusi SPR

Berita yang mendapat tempat di Astro Awani tentang Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempersoalkan kenapa cadangan pendaftaran pemilih secara automatik melalui sistem dalam talian belum lagi dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia yang mencecah umur layak mengundi 21 tahun.

Katanya, cadangan itu pernah dikemukakan kepada kerajaan oleh SPR semasa beliau mempengerusikan suruhanjaya berkenaan.

Jelas Abdul Rashid, pelaksanaan pendaftaran seperti di negara-negara maju itu penting bagi mengelakkan keciciran pemilih baru yang bertambah setiap tahun apabila seseorang warganegara mencapai umur 21 tahun.

Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ditemui selepas merasmikan mesyuarat Perkasa Parlimen Pasir Puteh pada Sabtu.

Menurut Abdul Rashid, ada lebih 2.6 juta rakyat Malaysia yang layak memilih belum berdaftar sebagai pengundi manakala dianggarkan 300,000 ribu warganegara mencecah umur 21 tahun pada setiap tahun.

Jelasnya lagi, majoriti yang tidak berdaftar itu terdiri dalam kalangan pengundi Melayu dan dianggarkan mencecah sehingga 70 peratus, dan katanya, ini merugikan semua pihak.

Abdul Rashid juga menegaskan pendaftaran secara automatik itu bukan bermakna seseorang pemilih berdaftar diwajibkan mengundi kerana seseorang pemilih berhak mengundi mana-mana parti politik.

Cuma, katanya, adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan semua rakyat yang layak mengundi berdaftar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam sistem demokrasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...