Klik aje le

Saturday, December 6, 2014

Gaji naik jika serlah kemahiran

Gambar hiasan

SHAH ALAM - Graduan berkemahiran yang menolak kerja dengan alasan tawaran gaji permulaan diberikan rendah sebenarnya membuat satu kesilapan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan melihat terlebih dahulu prestasi pekerja selepas memulakan kerja sebelum kenaikan gaji dilakukan.

Menurutnya, syarikat pasti memberi kenaikan tinggi jika graduan yang diterima kerja menunjukkan kebolehan dalam bidang diceburi.

“Kalau kita bercakap tentang gaji permulaan, saya rasa pelajar atau graduan kita tidak perlu lihat kadar yang ditawarkan setimpal atau tidak terlebih dahulu.

“Gaji permulaan mereka itu hanya peringkat awal sahaja dan bila pekerja menunjukkan produktiviti, gaji mereka akan disemak semula untuk ditingkatkan,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyarankan pihak industri menawarkan gaji setimpal kepada pelajar lepasan vokasional dan institut latihan kemahiran, sesuai dengan kelayakan serta kemahiran dimiliki.

Shamsuddin berkata, majikan biasanya tidak dapat melihat prestasi pekerja baharu sebelum mereka diambil bekerja.

Tambahnya, gaji pekerja berkemahiran vokasional sebenarnya ada yang lebih tinggi berbanding pekerja berkelayakan akademik.

“Apabila pekerja memiliki kemahiran teknikal, ada majikan bagi gaji setaraf gaji pengurus besar.

“Selain itu sudah tiba masanya kita beri lebih kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional kepada masyarakat serta tidak anggap ia sebagai pilihan kedua kepada anak-anak,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...