Klik aje le

Thursday, December 25, 2014

Najib, Obama bincang isu ASEAN sambil main golf di Hawaii


Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. - Foto AFP

HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mereka mengadakan perbincangan mengenai ASEAN sambil bermain golf di pengkalan armada laut, Kanehoe Bay pada Rabu, lapor portal The Washington Post.

Obama lazimnya tidak mencampurkan urusan rasmi dengan acara santai di padang golf, namun beliau menghabiskan masa bersama teman-teman lama dan wakil Rumah Putih, sesi golf Obama disertai Najib.

Jurucakap Rumah Putih memberitahu, Najib bersama Joe Paulsen dan Mike Brush bermain golf di pangkalan armada laut di Kanehoe Bay.

Ini bukan kali pertama Obama mengajak pemimpin dunia bermain golf bersamanya. Tahun lalu di Hawaii, beliau bermain bersama Perdana Menteri New Zealand John Key.

Dalam sesi pertemuan Obama dengan Najib, pemimpin nombor satu AS itu berkemungkinan turut membincangkan tentang jalinan hubungan yang lebih baik dengan Najib selepas lawatannya ke Malaysia beberapa bulan lalu.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Rumah Putih berkata: “Kedua-dua pemimpin tersebut mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. Presiden berkata, beliau menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Najib untuk tahun 2015, semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN.”

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/najib-obama-bincang-isu-asean-sambil-main-golf-di-hawaii-50901?cp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...