Klik aje le

Wednesday, December 10, 2014

Pasar Raya Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat Mulai Januari 2015 di Terengganu



Beberapa akhbar tempatan menyiarkan berita tentang langkah Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (PAS-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.

Ahmad Razif berkata penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...