Klik aje le

Sunday, February 22, 2015

Anak anggota polis mati ditembak Sg Siput

Gambar dari Google

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Wan Jamil Wan Chik menjelaskan kes anak seorang anggota polis mati ditembak pada bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala di tempat letak kereta di kediamannya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di Ipoh malam tadi secara lanjut di bawah ;

* kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan.

* polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.

* hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah

* bapa kepada mangsa yang tidak bekerja itu merupakan anggota polis di Balai Polis Khantan Baru di Ipoh.

* lima kelongsong peluru jenis 9mm dan dua butir peluru di tempat kejadian manakala dompet serta dua telefon bimbit milik mangsa masih berada dengannya.

* mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat

* motif kejadian masih disiasat termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Berita dari Malaysiakini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...