Klik aje le

Tuesday, February 24, 2015

Arab Saudi menerima taburan salji semalam


BERATUS-RATUS kenderaan tersekat semasa ribut salji meliputi Lebuh Raya Beirut-Damsyik di Kampung Mdeirej dekat Gunung Lebanon, kelmarin. – AP

Sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji semalam.

Kejadian itu dipercayai ekoran cuaca sejuk yang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lebanon.

Jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi menjelaskan fenomena itu seperti di bawah ;

* pihak­nya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.

* penduduk di daerah itu dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.

* salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi mi­nggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...