Klik aje le

Sunday, February 22, 2015

Golongan ulama dan profesional saling berkait antara satu sama lain




Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerangkan perkara ini seperti berikut;

* menegaskan Pas perlu diterajui oleh golongan ulama kerana sudut pandangan golongan itu adalah didasari oleh sumber Islam yang tertinggi, namun tidak bermakna golongan profesional dipinggirkan.

* kedua-dua golongan dalam Pas ini saling berkait antara satu sama lain dan perbezaan kejayaan tidak harus dijadikan alasan untuk saling bertelagah.

* gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan profesional dan hanya mengambil ulama sahaja sebagai pemimpin. Kerana di Pas, kita mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

* gagasan ini sangat besar ertinya kerana dasar dan sumber tertinggi rujukannya parti ialah al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qisas, maka kepimpinan tertinggi mestilah terdiri dari mereka yang boleh meletakkan sumber ini dalam memperkukuhkan hujah dan pandangannya, bukan semata-mata menggunakan akal fikiran yang bersifat nisbi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

* mengingatkan peranan Pas sebagai sebuah parti bukan hanya diukur menerusi kemenangan dalam pilihan raya.

* Pas adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka.

* pada sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jamaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam

* justeru tegasnya, jangan kerana wujud perbezaan dalam mengukur kejayaan dalam Pas itu sendiri dijadikan alasan untuk bertembung antara satu sama lain.

* di hadapan kita ada sirah Rasulullah SAW. Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya.

* walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih baik dan berjaya.

* namun, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda.

* kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik

* pendirian meletakan ulama di barisan tertinggi kepimpinan Pas tidak akan menimbulkan penolakan kerana ia merupakan keputusan semua ahli Pas dalam muktamar.

* tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya sebagaimana gagasan kita bersetuju bersama PR dan tidak bersama Umno, juga adalah keputusan dalam Muktamar.

* maka jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan pimpinan dan ahli dengan pelbagai tuduhan, dan menimbulkan persepsi buruk pada pimpinan, yang akhirnya hanya mengembirakan musuh dan merugikan parti

Berita dan gambar dari SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...