Klik aje le

Monday, February 16, 2015

iPhone bersalut emas bernilai RM13 juta


Gambar dari mStar Online

Berita yang menarik bagi para peminat gajet bernilai tinggi boleh membaca kisahnya dalam mStar Online menyiarkan kisah model telefon pintar iPhone yang disaluti emas 24 karat dan dihiasi berlian tulen ditawarkan pada harga £2.3 juta atau kira-kira RM13 juta.

Gajet termahal di dunia ini dihasilkan syarikat pengeluar barangan mewah di Amerika Syarikat (AS), Goldgenie yang bekerjasama dengan pengeluar iPhone, Apple Inc. bagi menghasilkan telefon pintar itu.

Goldgenie turut menawarkan beberapa pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti rekaan telefon disaluti emas, platinum atau emas merah dan bertatahkan berlian serta batu permata lain.

Pelanggan yang ingin memiliki koleksi iPhone mewah itu akan diberikan tawaran oleh Goldgenie pada harga bermula dari £9,700 atau kira-kira RM54,000.




“Ia adalah telefon paling eksklusif buat masa ini dan nilainya dianggarkan menyamai harga sebuah pulau kecil,” kata pengasas Goldgenie, Laban Roomes.

Beberapa selebriti dunia termasuk pelari pecut, Usain Bolt, bekas bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi rap terkenal, P Diddy adalah antara pelanggan tetap syarikat barangan mewah itu.Tahun lalu, syarikat sama bekerjasama dengan pereka popular, Alexander Amosu untuk menghasilkan sebuah telefon pintar iPhone 6 yang dihiasi sejumlah 6,127 butir berlian yang menjadi milik seorang individu tidak dikenali pada harga £1.7 juta (RM9.3 juta).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...