Klik aje le

Friday, February 20, 2015

Jika ramai ahli politik macam Nik Aziz, takkan ada masalah perkauman - SS Keruak


Salleh menyifatkan Nik Aziz sebagai pemimpin bagi seluruh masyarakat Kelantan. -Gambar fail

Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Februari 14, 2015

KUALA LUMPUR: Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berpandangan bahawa jika ahli-ahli politik di Malaysia memiliki separuh sifat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, negara tentu tidak ditimpa masalah kaum dan agama seperti sekarang.

Dalam satu kenyataan menerusi blognya, sskeruak.blogspot.com, beliau menyifatkan Mursyidul Am PAS itu sebagai bukan sahaja pemimpin bagi umat Islam, malah pemimpin bagi seluruh masyarakat Kelantan.

"Untuk Nik Aziz, perjuangannya bukan tentang politik tetapi tentang Islam. Dan beliau telah mendahulukan dalam melakukan perkara yang betul berbanding politik. Jarang kita jumpa orang sedemikian, dan kini Malaysia telah kehilangannya.

"Jika ramai ahli politik dari kedua belah pihak memiliki sekurang-kurangnya separuh dari sifat Nik Aziz, Malaysia tidak akan menghadapi masalah perkauman dan agama seperti mana yang kita hadapi sekarang," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam artikel tersebut.

Dalam artikel tersebut, Salleh menceritakan tentang sikap Nik Aziz yang dilihat begitu bertolak ansur dengan masyarakat berbilang kaum di Kelantan.

Sebagai contoh, katanya Nik Aziz telah meluluskan pembinaan sebuah kuil Hindu yang telah ditolak permohonannya semasa negeri itu diperintah Barisan Nasional (BN).

AllahyarhamNik Abdul Aziz, 84 tahun, meninggal duniapada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum itu, anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang semalam telah memaklumkan bahawa tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.

Allahyarhamtelah selamat disemadikanpada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan hari ini.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disempurnakan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi dan dianggarkan hampir 30,000 orang hadir di Masjid tersebut untuk bersama-sama membuat solat jenazah.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jika-ramai-ahli-politik-macam-nik-aziz-takkan-ada-masalah-perkauman-ss-keruak-53909?cp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...