Klik aje le

Wednesday, February 18, 2015

Kesejahteraan kanak-kanak Malaysia meningkat dengan pesat


Gambar dari Sinar Harian Online

Secara keseluruhan kesejahteraan kanak-kanak Malaysia meningkat dengan pesat sejak 20 tahun lepas, kata Wakil UNICEF di Malaysia, Wivina Belmonte.

Beliau berkata, dengan menyetujui Konvenysen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), kerajaan Malaysia telah membuat komitmen perundangan untuk melabur dalam kesejahteraan kanak-kanaknya dan hasil pelaburan itu dinikmati hari ini.

Dua puluh tahun lalu, Malaysia menyetujui CRC, perjanjian hak asasi manusia yang diiktiraf dunia.

Terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkepentingan termasuk masyarakat madani, sektor swasta dan anggota masyarakat, keseluruhan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia meningkat dengan pesat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata rang undang-undang pekerja sosial yang mempunyai impak positif terhadap kesihatan, keselamatan dan pelindungan kanak-kanak di Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen," tambahnya.

Bila kita menoleh kembali 20 tahun lalu untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai bagi kanak-kanak, ia juga masa untuk melihat ke hadapan bagi melihat apa yang lagi yang boleh dilakukan, terutama bagi kanak-kanak yang paling terpinggir di negara ini yang masih ketinggalan dari segi pendidikan, kesihatan, celik digital dan perlindungan, tegasnya lagi.

Beliau berkata, sesetengah bidang memerlukan perhatian berterusan termauk usaha untuk secara sistematik memperkukuh rangkaian bagi kanak-kanak dan orang muda, termasuk menangani keganasan gender dan keselamatan.

Malaysia menggubal Akta Kanak-Kanak pada 2001. Peruntukan akta ini berdasarkan empat prinsip utama CRC - tanpa diskriminasi, kepentingan terbaik kanak-kanak, hak untuk hidup, kelangsungan dan pembangunan serta menghormati pandangan kanak-kanak.

Kini Akta Kanak-Kanak sedang disemak bagi menangani kelemahan, semasa negara bergerak ke hadapan dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

UNICEF mengalu-alukan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk merangka pindaan kepada perundangan sedia ada. Langkah ini menekankan peranan kanak-kanak dalam masyarakat, bukan sahaja sebagai ahli tetapi juga sebagai pihak berkepentingan dan ia menggambarkan Malaysia dan wilayah ASEAN, jelasnya menutup pertemuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...