Klik aje le

Thursday, February 26, 2015

Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu


BAHAN kimia baharu terpaksa digunakan untuk memastikan aktiviti pengkabutan nyamuk aedes lebih berkesan. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancaman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat.

Virus denggi akibat gigitan nyamuk aedes mengakibatkan berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam menjelaskan perkara ini seperti berikut ;

* wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.

* sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

* jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.

* wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati

(Putrajaya - Khamis, 26 Feb 2015 - sumber berita dan gambar)

1 comment:

syida said...

virus demam denggi pun nampaknya 'evolve' mengikut peredaran masa dan teknologi..makin banyak ubat2an moden, makin kebal virus denggi ni (nauzubillahimin zalik)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...