Klik aje le

Friday, February 27, 2015

Mohamad Sabu sedia memberi keterangan kepada jawatankuasa khas parti berhubung dakwaan terlibat dalam komplot menggulingkan Presiden PAS


Mohamad (gambar) hanya akan memberi keterangan kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Presiden PAS memandangkan perkara itu membabitkan masalah dalaman parti.

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedia memberi keterangan kepada jawatankuasa khas parti berhubung dakwaan terlibat dalam komplot menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas penyebaran rakaman audio yang didakwa melibatkan komplot antara beliau dengan pemimpin Pas lain untuk menyingkirkan Abdul Hadi daripada jawatan Presiden antara menjelaskan bahawa ;

* beliau hanya akan memberi keterangan kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Presiden Pas memandangkan perkara itu membabitkan masalah dalaman parti.

* beliau enggan mengulas lanjut kerana masih belum dipanggil oleh jawankuasa khas tersebut untuk memberi keterangan.

* hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas siasatan yang dipengerusikan Datuk Seri Abdul Hadi berkenaan segala tuduhan kepada saya kerana ia masalah dalaman parti, sekiranya diminta

* mengenai kesahihan audio tersebut, Mohamad mendakwa beliau tidak tahu dan belum mendengarnya kerana berada di luar negara ketika rakaman audio itu mula tersebar di laman sosial.

* berkenaan kedudukannya di dalam parti, beliau serahkan (keputusan) kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan (parti)

(Butterworth - Jumaat, 27 Feb 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...