Klik aje le

Wednesday, February 18, 2015

NASIHAT PDRM :


Rancang perjalanan anda untuk keselamatan semasa memandu di jalan raya. Adakah anda telah melakukan antara perkara-perkara berikut :

1. Adakah kenderaan anda telah diselenggara secara berkala?
2. Adakah anda membawa lesen memandu yang sah?
3. Adakah anda tidur dan rehat yang secukupnya?
4. Adakah anda sudah mengenal pasti jalan dan laluan yang akan anda lalui?
5. Sudahkah anda memeriksa bahagian-bahagian enjin kereta anda?
6. Lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Adakah ianya berfungsi baik?
7. Adakah tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian dalam keadaan baik?
8. Adakah anda sudah memeriksa minyak brek, brek tangan dan brek berfungsi baik?
9. Adakah pengelap cermin dipasang dengan sempurna?
10. Adakah cermin pandang belakang / sisi pada kedudukan sesuai?


DOA MENAIKI KENDERAAN.

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

(Bagi pengguna-pengguna jalan raya yang beragama Islam, adalah digalakkan anda membaca doa ini)

sumber : Facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...