Klik aje le

Wednesday, February 25, 2015

Parlimen singapura telah meluluskan akta kawalan minuman keras



Parlimen singapura telah meluluskan akta kawalan minuman keras( bekalan dan kepenggunaan) pada bacaan kali kedua pada hari jumaat lepas, 30 januari 2015.

Menteri kedua Hal Ehwal dalam Negeri Singapura, S Iswaran menjelaskan bahawa ;

* parlimen meluluskan akta tersebut kerana alasan yang kukuh untuk kementerian itu mengambil tindakan proaktif bagi menghadkan penjualan dan kepenggunaan alkohol dalam Singapura.

* pada tahun 2014, pengguna alkohol terlibat dalam 47 kes kekacauan awam dan 115 kes melibatkan kes kecederaan termasuk kes tikam.

* di bawah undang undang baru ini, penggunaan alkohol dihalang pada waktu di antara 1030 pm hingga 7 am setiap hari dan penjualan arak hanya boleh dijual sebelum pukul 1030 pm.

* undang undang baru ini dijangka akan dilaksana pada bulan April 2015.

(Singapura - Selasa , 24 Feb 2015 - sumber berita dan gambar )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...