Klik aje le

Friday, February 27, 2015

Wang ihsan mangsa banjir akan diagih selewat-lewatnya minggu pertama bulan depan

Gambar hiasan dari Google

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengagihkan bantuan wang ihsan berjumlah RM500 kepada mangsa banjir yang belum menerima bantuan tersebut selewat-lewatnya minggu pertama bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menjelaskan perkara tersebut pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir ke-2 di sini hari ini seperti berikut ;

* berdasarkan rekod, sehingga kini sebanyak 77,000 lagi mangsa banjir yang sebahagian besarnya berada di Kelantan masih belum menerima bantuan tersebut.

* sebanyak RM57juta disediakan untuk diagihkan kepada mangsa banjir dan sehingga kini, sebanyak 33,000 mangsa telah menerima bantuan RM500 itu.

* RM30 juta lagi akan diagihkan kepada 77,000 isi rumah itu dan ia akan dibuat secepat mungkin selewat-lewatnya minggu pertama bulan Mac ini,"katanya.

(Putrajaya - Jumaat, 27 Feb 2015 - sumber berita)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...