Klik aje le

Friday, March 13, 2015

Elfira Loy nekad bertudung sejak menyambut ulang tahun kelahiran ke-21

Elfira Loy
Sinar Harian Online sekali lagi membawakan kisah penghijrahan artis wanita popular mempraktikkan pemakaian hijab sebagaimana yang dituntut agama.

Kisah Nurul Elfira Loy yang menyatakan hasrat mengenakan tudung secara kekal sejak menyambut ulang tahun kelahiran ke-21, baru-baru ini.

Menurut Nurul Elfira Loy atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy antaranya menyebut bahawa ;

* dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun belum berani menunaikan niatnya itu sebelum ini.

* sangat gembira kerana ianya dapat dilaksanakan.

* pernah cakap pada mama untuk memakai tudung pada umur 21 dan ini adalah peluang terbaik untuk realisasikan apa yang dia mahukan selama ini," katanya.

* perubahan yang berlaku juga merupakan titik permulaan ke arah sesuatu yang baru bagi dirinya.

* melafazkan, "Insya-Allah, ia akan menjadi perjalanan untuk saya mengubah dan membaiki diri menjadi lebih baik,"

* hubungannya dengan pelakon Indonesia, Baim Wong, Elfira yang mesra disapa El ini memberitahu, hubungan mereka masih lagi di tahap teman rapat seperti sebelum ini.

* tegasnya, "Tiada apa-apa yang serius antara kami, saya pun masih muda. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada pelajaran sahaja,"

* lebih selesa menerima tawaran sebagai pengacara kini berbanding menjadi pelakon.

* masa yang ada saya fokus kepada bidang pengacara dan sebagai penyampai radio.

* katanya lagi, "Bukan tidak mahu mengambil tawaran lakonan sekarang, tetapi bimbang menyusahkan produksi pula.

* akhirnya beliau berkata, "Selepas habis belajar nanti barulah saya akan aktif berlakon semula," 

(Khamis, 13 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...