Klik aje le

Friday, March 13, 2015

Faezah Elai turut tampil dengan imej berhijab bagi memenuhi tuntutan agama

Faezah Elai - Foto Instagram Faezah Elai

Kisah artis-artis yang mula berhijrah dengan mengenakan hijab bagi memenuhi tuntutan agama bagi wanita muslim untuk menutup aurat sebagaimana ditetapkan syariat Islam.

Kini tiba giliran pelakon terkenal Faezah Elai turut tampil dengan imej berhijab bagi memenuhi tuntutan agama.

Sinar Harian Online yang melaporkan bahawa perkara itu disahkan sendiri oleh Faezah menerusi mesej ringkasnya kepada portal berkenaan.

Penghijrahan Faezah disambut gembira oleh pengikutnya di Instagram yang memberikan kata-kata semangat selain mengharapkan agar dia terus istiqamah dengan keputusan ini.

Dalam pada itu, tinjauan di laman Instagram Faezah mendapati semua gambar tidak bertudung sebelum ini sudah dipadam.

(Jumaat, 13 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...