Klik aje le

Sunday, March 1, 2015

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri itu berlaku di Malaysia


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri itu berlaku di Malaysia malah sebaliknya ia dipercayai berlaku di luar negara. - Gambar Hiasan

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini menafikan sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial yang kononnya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, ada kaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Nur Hafizah Mohammad Lukman menjelaskan bahawa ;

* gambar kejadian itu dipercayai diambil dalam satu insiden kemalangan di luar negara.

* kejadian kemalangan petang semalam di jalan terbabit melibatkan kematian dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 30-an yang berada dalam kenderaan jenis Proton Wira.

* wanita yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaannya terbakar.

* perbandingan gambar yang diambil oleh anggota JBPM dan gambar yang tersebar dalam laman sosial berbeza dari segi lokasi dan keadaan jalan raya seperti keadaan bahu jalan bertanah merah, manakala bahu jalan tempat kemalangan petang semalam berumput hijau

* berharap orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan peka terhadap sensitiviti keluarga mangsa apabila menyebarkan maklumat di media sosial.


(Alor Setar - Ahad, 1 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...