Klik aje le

Wednesday, March 25, 2015

Kerajaan Persekutuan sedar dan bersetuju dengan kandungan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan PAS Kelantan pada 19 Mac lalu


Takiyuddin Hassan

Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan seperti berikut ;

* persetujuan itu dicapai menerusi jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

* telah dipersetujui...kandungannya dipersetujui oleh kerajan Pesekutuan,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

* berdasarkan persetujuan berkenaan, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan notis untuk membawa usul persendirian berhubung hudud kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat.
* saya nak tegaskan bahawa pada 18 Mac baru-baru ini, Ahli Parlimen Marang memasukkan satu usul bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminta Parlimen meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355

* dilaporkan bahawa Hadi yang juga Presiden PAS dijangka membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selewat-lewatnya 9 pada April ini bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dilaksanakan di Kelantan.

* Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 diluluskan sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.

(KUALA LUMPUR - Rabu, 25 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...