Klik aje le

Sunday, March 8, 2015

Kereta rasmi isteri Guan Eng didakwa salah letak dan menjadi viral di laman sosial

.

Berdasarkan berita Sinar Harian Online yang turut menyertakan gambar di atas antara lain menyatakan ;

* sebelum ini kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi viral bila meletakkan kenderaan bersebelahan pili bomba, sekarang kereta isterinya, Betty Chew pula menjadi sasaran.

* pengendali laman sosial, Kelakuan Buruk Penduduk Pulau Pinang (Penang Bad Habits), Eric Woo mendedahkan beberapa gambar kereta milik Betty diletakkan di tempat teksi.

* daripada gambar yang tersebar luas, kebanyakan orang ramai tidak berpuas hati apabila kereta milik kerajaan negeri boleh diletakkan di mana sahaja tanpa mengikut undang-undang.

* kebanyakan orang ramai memberi komen tindakan berkenaan tidak adil sedangkan orang lain disaman sehingga ratusan ringgit.

* Eric Woo turut memberikan penjelasan antaranya ;

* sepatutnya pemandu mahupun Betty lebih berhati-hati kerana tingkah lakunya dipandang umum.

* tidak dinafikan ada pemandu menunggu di dalam kereta, tapi beliau perlu ingat, meletakkan kereta di tempat teksi juga salah.

* berpendapat sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penduduk di negeri ini.

* walaupun perkara ini nampak remeh namun atas kapasiti ketua menteri ia menjadi perhatian, begitu juga ahli keluarganya.

(GEORGETOWN - Sabtu, 7 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...