Klik aje le

Sunday, March 8, 2015

MAS kini dalam proses menyediakan pembayaran pampasan penuh untuk anggota keluarga terdekat, para penumpang dan anak kapal MH370



Pada 29 Januari lepas, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan, kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan di bawah peraturan-peraturan penerbangan antarabangsa.

Sebaik sahaja perisytiharan itu, MAS telah memaklumkan kepada semua aggota keluarga terdekat mangsa mengenai pampasan tersebut.

Mereka boleh menghubungi MAS apabila sudah bersedia untuk meneruskan tuntutan pampasan atau jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya anatara lain menjelaskan bahawa ;

* berikutan Pengisytiharan Kemalangan, syarikat penerbangan itu kini boleh membuat pembayaran pampasan penuh.

* syarikat insurans bersama-sama dengan MAS, akan menghubungi anggota keluarga bagi membincangkan pampasan tersebut

* bayaran ini bagi membolehkan keluarga yang terlibat menyambung semula kehidupan seperti biasa selepas kehilangan orang yang tersayang

* menyediakan sokongan kebajikan untuk anggota keluarga terdekat mangsa-mangsa pesawat MH370 telah menjadi fokus utama MAS dan tindakan ini telah diambil sejak hari pertama, kehilangan pesawat itu.

* bahawa sokongan kebajikan MAS akan terus disampaikan walaupun selepas ulang tahun MH370 di Kuala Lumpur dan Beijing.

(KUALA LUMPUR - Sabtu, 7 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...