Klik aje le

Sunday, March 1, 2015

MENARA Condong Teluk lntan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan yang berusia 130 tahun sebagai Warisan Kebangsaan.

Antara lain yang disampaikan oleh TPM ialah ;

* keunikan menara itu amat ketara dengan konsep 'Pagoda' dan seharusnya menerima pengiktirafan itu.

* konsep yang terdapat pada gerbang, bumbung genting dan hiasan jubinnya itu jelas menunjukkan pengaruh kekayaan budaya dan seni bina Cina.

* sejarah bangunan itu juga amatlah unik di mana bangunan itu dijadikan tangki air pada waktu kemarau dan juga mempunyai kemudahan memadam api pada zaman dahulu.

* Menara Condong ini juga menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong yang berkunjung di Perak seperti mana juga 'The Leaning Tower of Pisa' yang menjadi tarikan pelancong di Itali.

* menghargai usaha Jabatan Warisan Negara iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan kerajaan negeri khususnya Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang berjaya mendapat pengiktirafan ini

* kerajaan juga dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi menjadikan Menara Condong Teluk Intan itu sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

* usaha mengekalkan dan memelihara warisan dan budaya adalah tanggungjawab kita bersama dan diharap pengiktirafan ini dapat mempromosi Teluk Intan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara di masa akan datang

(Teluk Intan - Sabtu, 28 Februari 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...