Klik aje le

Thursday, March 5, 2015

YIK sumbang RM500 kepada pelajar cemerlang SPM


Kerajaan Kelantan menerusi Yayasan Islam Kelantan meneruskan insentif kepada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Sumbangan yang berjumlah RM500 seorang termasuk yang belajar di negeri lain yang mendapat keputusan minimum 9A bagi SPM, muntaz (STAM) dan 4P A (STPM) dan sebanyak RM700,000 diperuntukkan bagi tujuan itu.

Kali ini dua pelajar YIK berjaya mencatat keputusan cemerlang SPM iaitu Ain Atiya Azmi Nazmi dari MMP memperolehi 11A (10A+, 1A) dan Abdul Wafi Misbah juga 11A dari Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas.

Turut cemerlang ialah Faqihah Yusof dari Maahad Syamsul Maarif (P) Pulai Chondong mendapat 12A dan Ghazian Amin Mukhtar 12A dari Maahad Muhammadi Tumpat selain 143 pelajar lain yang mendapat 9A hingga 12A.

sumber : Harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...