Klik aje le

Monday, March 9, 2015

Zain yang doa agar isterinya, Che Ta bertudung

Rozita Che Wan

Sekali lagi dipaparkan perubahan imej selebriti kegemaran ramai Rozita Che Wan yang dulunya sering tampil dengan imej seksi di majlis-majlis hiburan sebelum ini pernah mendapat kritikan hebat daripada masyarakat mengenai penampilannya yang dilihat agak tidak bersesuaian dengan usia, kini aktres cantik ini membuktikan bahawa niatnya untuk berhijrah bukanlah sekadar omongan kosong.

Keputusan untuk tampil berhijab sekembalinya dari mengerjakan ibadah Umrah di Makkah menganggap perubahan itu sudah tiba masanya untuk dia melakukan penghijrahan. Beliau memberikan beberapa maklumat tentang itu seperti berikut ;

* melahirkan rasa bersyukur dengan hijrah ini kerana telah cukup apa yang diperlukannya dalam kehidupannya termasuklah dikurniakan anak-anak yang baik, yang comel, suami yang sempurna dan rezeki yang murah.

* berpendapat masanya sudah tiba untuk mensyukuri nikmat dariNya dengan menjadi Muslimah dan beristiqamah. InsyaALLAH

* hasrat untuk berhijab sudah lama difikirkan, namun ketika itu hatinya masih belum terbuka sepenuhnya.

* berasa sungguh tenang dan seronok dengan perubahan ini. Saya tahu, keputusan untuk berhijab tidak boleh buat main-main.

* mula mengenakan tudung pada sambutan hari lahir Zain ke 31.

* ibadah umrah secara tidak langsung membuatnya selesa dengan imej ini dan yakin untuk bertudung

* meski ada di kalangan selebriti yang memikirkan peluang pekerjaan dalam industri seni hiburan semakin terhad sekiranya berhijab, namun Che Ta menyerahkan segalanya sebagai rezeki.

* keputusan berhijab itu tidak menghalang dirinya untuk terus aktif dalam kerjaya, namun segalanya bergantung kepada keadaan.

* beliau akan terus berada dalam bidang lakonan namun akan lebih selektif dalam pemilihan karakter lakonan, bersesuaian dengan imejnya

* Che Ta akui suaminya itu gembira dengan keputusannya.

(Ahad, 8 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...