Klik aje le

Thursday, April 9, 2015

Fomca mendapati harga bagi kebanyakan barangan dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus selepas pelaksanaan GST



Menurut Fomca, menerusi Mohd Yusof Abdul Rahman, Timbalan Presiden FOMCA antara menyatakan bahawa;

* pemantauan di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya itu dibuat ke atas pematuhan peraturan tanda harga, kedudukan harga dan resit pembayaran.

* Harga barangan tersebut seterusnya dibandingkan dengan senarai dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

* kebanyakan harga barang telah naik antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga baru dalam buku panduan

* pemantauan di pusat membeli-belah Paradigm itu melibatkan barangan di kedai video Speedy, kedai peralatan kesihatan Guardian, kedai runcit My News.com dan pasaraya besar Tesco.

* satu contoh satu pewangi ketiak yang dinaikkan harga sehingga RM5.35, berbanding harga RM4.44 mengikut buku panduan.

* Fomca turut menemui beberapa ketidakwajaran berikut:

Kedai keluarkan resit pembelian dengan harga yang berbeza berbanding harga barangan di rak.

Peniaga tidak pamerkan harga asal barangan sebelum ditambah GST dalam resit.

Pengusaha letakkan dua harga berbeza untuk barangan tertentu.

Tanda harga di rak berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam resit.

Tanda harga barang tidak menunjukkan jenis GST yang dikenakan ke atas harga barang itu. 

* menyeru peniaga agar menyatakan jenis GST di tanda harga untuk memudahkan pengguna yang cenderung membeli barang berkadar sifar.

* agar KPDNKK memperbaharui buku panduan pengguna

* pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK jika mendapati harga di pasaran tidak berpatutan.

* Peniaga yang tidak mengikuti buku panduan bukan satu kesalahan, cuma pengguna boleh mengadu kepada KPDNKK

* pihaknya sedang mengemaskini senarai barangan yang dikesan dinaikkan harga.

(Rabu, 8 April 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...