Klik aje le

Monday, April 20, 2015

Lebih 10% Mi, Ekstra Kenyang!

Maggi

KESIBUKAN bukannya alasan untuk kita terlepas pandang perkara-perkara dalam kehidupan seharian. Ini termasuk juga dari segi makanan seimbang.

Malah, disebabkan sibuk, sesetengah orang mengabaikan pemakanan dan waktu makan yang tidak menentu.

Jika anda sibuk dan perlu menyediakan makanan yang seimbang, cepat dan berkhasiat, anda hanya perlu sertakan ketiga-tiga kumpulan makanan iaitu makanan berkarbohidrat, berprotein dan sayur-sayuran.

Konsep keseimbangan dapat dicapai dengan mengambil makanan daripada ketiga-tiga sumber tersebut.


Pentingnya mencapai keseimbangan

Bagi makanan berkarbohidrat, sumber yang baik diperoleh daripada bijirin (beras, gandum, oat) dan produk bijirin (seperti mi dan roti) serta ubi-ubian (seperti ubi kentang dan ubi kayu).

Makanan ini membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian.

Cuba pilih jenis bijirin penuh sekerap yang boleh kerana ia mengandungi lebih banyak serat, vitamin dan mineral berbanding bijirin halus. Bijirin penuh juga dihadamkan lebih perlahan dan membebaskan tenaga secara lebih tetap.

Sumber protein yang baik diperoleh daripada ikan, ayam, itik, daging, telur dan legum (kacang pis, kekacang dan kacang dal).

Protein ialah asas binaan semua tisu badan dan diperlukan untuk membaiki dan mengganti tisu.

Sayur-sayuran pula merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia iaitu sejenis bahan berkhasiat.

Kebanyakan fitokimia merupakan antioksidan yang dipercayai boleh melawan penyakit tertentu. Fitokimia turut memberi warna berlainan kepada sayuran.

Misalnya sawi, bayam, brokoli, kubis dan tomato. Jadi, pastikan mengambil makanan daripada kesemua palet warna bagi mencegah masalah kesihatan pada kemudian hari.

Satu lagi makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai nutrien penting termasuk kalsium ialah susu. Jadikan minum susu sebagai satu tabiat yang diamalkan sekarang dan sepanjang hayat. Anda juga boleh mendapat kebaikan susu daripada keju dan yogurt.


Segala-galanya Mi

Kebanyakan daripada kita menggemari hidangan mi kerana makanan ini dapat dipelbagaikan cara masakannya. Mi boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk, menjadi makanan ruji di merata dunia dan telah wujud sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

National Geographic News telah mengeluarkan laporan pada tahun 2005 yang menyatakan ahli sains telah menemui semangkuk mi berusia 4,000 tahun di negara China. Ini merupakan penemuan terawal bagi satu daripada makanan paling popular di dunia.

Mi ialah makanan karbohidrat (pada dasar Piramid Makanan). Anda perlu menghidangkan sebanyak empat hingga lapan sajian makanan karbohidrat dalam diet harian anda. Contohnya, secawan mi bersamaan dengan satu sajian karbohidrat.

Terdapat pelbagai jenis mi di Malaysia dan Asia Tenggara. Ada yang diperbuat daripada tepung beras dan ada juga daripada tepung gandum. Mi jenis tepung beras yang popular termasuk kuetiau, mihun, mi suah, lo see fun dan mi laksa. Mi dan yee mee ialah mi jenis tepung gandum yang popular.

Lain-lain jenis mi yang popular ialah pasta yang menggunakan gandum durum (seperti lasagna, spageti dan makaroni), mi atta, mi Jepun (ramen, soba) dan mi segera.


Mi Segera

Tahukah anda, mi segera berasal dari negara Jepun? Menurut Persatuan Mi Segera Dunia (ya, organisasi ini wujud), pada tahun 1958 di sebuah pondok kecil, Momofuku Ando telah mencipta teknik pengeringan mi secara pantas menerusi penggorengan pantas di dalam minyak panas. Pada hari ini, hasil ciptaan kulinari Ando ini telah dinikmati dan digemari di seluruh dunia.

Jika anda makan mi segera dengan bahan perasanya sahaja, anda hanya mendapat kebanyakannya karbohidrat.

Anda boleh menyediakan mi segera yang lebih sihat dengan menambah ramuan makanan lain (seperti telur, tau pok, daging ayam dan sayur) dan anda juga boleh mengurangkan bahan perasa yang dibungkus bersama.

Sesetengah mi segera merupakan pilihan yang lebih sihat disebabkan cara pemprosesannya. Semasa membeli mi segera, pastikan anda merujuk Panel Maklumat Pemakanan(NIP) pada label serta senarai bahan untuk membuat pilihan yang lebih sihat.

NIP menunjukkan jenis dan jumlah tenaga serta nutrien yang terkandung di dalam setiap hidangan.


Ingat tip berikut:

Pilih jenis yang mengandungi jumlah serat tinggi. Mi segera jenis gandum penuh (yang diperbuat daripada tepung atta) mengandungi lebih banyak serat berkhasiat.

Pilih mi segera yang rendah kandungan lemak.

Pemprosesan mi yang dibakar atau dikeringkan udara (tidak digoreng) mengandungi lemak yang lebih rendah dan bebas daripada asid lemak trans berbanding mi yang diproses secara goreng.

Pilih mi segera yang kurang atau rendah kandungan natrium.

Bandingkan kandungan nutrien antara jenama berdasarkan 100g,.

Semasa menyediakan hidangan ini, pastikan anda menambah khasiat untuk menyediakan sajian yang lebih seimbang. Amalkan langkah 1-2-3 dan gabungkan tiga kumpulan makanan di dalam sajian makanan anda:

Makanan karbohidrat seperti mi merupakan asas setiap sajian makanan kerana ia sumber tenaga yang utama untuk badan.

Tambahkan dengan makanan protein seperti telur, ayam, ikan, daging tanpa lemak atau tauhu ke dalam mi.

Tambahkan sayuran ke dalam mi untuk serat,vitamin dan mineral tambahan.

Oleh itu, apabila anda ingin menikmati mi segera, lakukan langkah-langkah yang disebutkan agar hidangan menjadi lebih seimbang. Bahan-bahan seperti sayur, ayam, telur dan sebagainya dapat menambahkan lagi keenakan rasa mi tersebut.

Semangkuk mi yang berkhasiat dan enak sudah pasti menambat selera sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Masa makan akan lebih menyeronokkan jika dinikmati bersama-sama keluarga atau teman.

Terpulang kepada cita rasa dan kreativiti anda untuk menyediakan resipi berasaskan mi. Mi bukan sahaja lazat dan senang dimasak, malah ia serba guna. Anda boleh mengacau goreng, merebus, masukkan ke dalam sup atau kari, menyediakan mi kaserol dan membakarnya.

Lebih 10% Mi, Ekstra Kenyang!

Untuk masa yang terhad dari April hingga Mei 2015, dapatkan Mi MAGGI® Edisi Terhad yang memberikan anda lebih nilai dengan 10% lebih mi dan ekstra kenyang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...