Klik aje le

Saturday, July 25, 2015

Terrafugia dedah reka bentuk luaran kereta terbang TF-X



TF-X bakal diuji di dalam terowong angin untuk melihat kemampuan sebenar model itu untuk terbang.

WISCONSIN 24 Julai – Terrafugia, syarikat pembuat kereta terbang telah mendedahkan rekaan luaran baharu yang dikemas kini bagi kereta terbangnya, TF-X yang masih dalam proses pembangunan untuk beberapa tahun lagi.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tersebut kepada CNET, reka bentuk baharu untuk TF-X itu akan diuji sebagai model skala satu per sepuluh di dalam terowong angin.

Terrafugia berkata, model terbabit akan diuji di terowong angin MIT Wright Brothers, terowong sama yang digunakan untuk menguji model Transition milik syarikat itu.

“Model ujian terowong angin akan digunakan untuk mengukur kuasa seretan, daya angkat dan daya teras manakala simulasi penerbangan pula melihat kemampuan berlegar, mengalihkan penerbangan dan penerbangan penuh,” kata Terrafugia dalam kenyataan hari ini.

Model terbabit kini dipamerkan di konvensyen penerbangan EAA AirVenture di Oshkosh, Wisconsin dan TF-X akan menjadi pesawat pengganti kepada Transition yang membuat penerbangannya pada EAA AirVenture pada 2013.

Kereta terbang yang merupakan kenderaan hibrid tersebut mempunyai kapasiti untuk membawa empat orang dan mempunyai saiz standard untuk memasuki garaj kereta.

Pada Mei 2013, Terrafugia memberitahu, pembangunan TF-X akan mengambil masa antara lapan hingga 12 tahun dan syarikat tersebut nampaknya mengikut jadual yang mereka tetapkan. – AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/terrafugia-dedah-reka-bentuk-luaran-kereta-terbang-tf-x-1.116591#sthash.FtqfSJIX.UgVNtIa1.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...