Klik aje le

Tuesday, September 15, 2015

‘Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman’


Nor Haizan (dua dari kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga selepas mendapat berita ibunya meninggal dunia dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram. FOTO Yahya Zainuddin.

Oleh Rosman Shamsudin

am@hmetro.com.my


Sungkai : "Tak sangka pertemuan di Kelana Jaya ketika menghantarnya untuk berangkat ke Tanah Suci adalah pertemuan kami yang terakhir. Ibu seorang yang baik serta tempat kami adik-beradik mencurah kasih sayang...ibu adalah segala-galanya kepada kami," kata Nor Haizan Badri, 34, anak sulung Allahyarham Rusiah Suar, 56, jemaah haji Malaysia yang disahkan meninggal dunia akibat tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, Jumaat lalu.

Menurut Nor Haizan, dia reda dengan takdir ini dan menganggap apa yang berlaku ujian Allah SWT.

Adik Nor Haizan, Nor Baizura, 27, berkata, khabar duka mengenai ibunya itu dimaklumkan oleh wakil Tabung Haji yang datang ke rumahnya pada malam tadi sebelum pengumuman secara langsung dibuat di televisyen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian ibu dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Gunung Besout 2, di sini malam tadi.

Sementara itu, kira-kira jam 9.30 malam tadi kediaman arwah diselubungi suasanamenjadi pilu ketika majlis tahlil diadakan yang dipimpin Imam FELDA Besout 2, Said Ahmad Kadri bersama ahli keluarga dan penduduk setempat.

Allahyarham Rusiah meninggalkan tiga anak iaitu Nor Haizan, 34, Nor Haryati, 31 dan Nor Baizura, 27, selain seorang anak anak tiri Khairulnizam Badri, 44 serta enam cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 12:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/77214#sthash.pCG74HXV.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...