Klik aje le

Thursday, October 1, 2015

Imam belum bersedia temui Shabir



Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR

KUALA LUMPUR – “Saya sedia memaafkan dia (Shabir Ahmad Khan) namun buat masa ini biarlah dia menjalani apa yang diarahkan mahkamah terlebih dulu,” kata Imam 2 Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim.

Mohd. Zuhairee (gambar), 39, memberi respon sedemikian ketika ditanya mengenai hasrat Shabir, lelaki warga India yang ingin menemui dan memohon maaf terhadap perbuatan menamparnya di Masjid Negara pada 18 September lalu.

Ulas Mohd. Zuhairee, buat masa ini beliau tidak akan mene­mui lelaki berasal dari Kashmir itu kerana perlu merujuk beberapa perkara lain mengenai kejadian itu selain turut mengambil kira dengan situasi semasa mengenai sikap ekstrem yang dimiliki sesete­ngah individu.

“Dikhuatiri dia (Shabir) mempunyai tujuan lain (ketika menampar saya) namun hasratnya tidak tercapai dan dia menggunakan alasan terdengar bisikan punca insiden itu.

“Dalam masa ini biarlah dia menjalani arahan mahkamah untuk menjalani ujian mental,” kata Mohd. Zuhairee yang mengakui, beliau meragui hasrat Shabir yang mahu memohon maaf.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3nJMUib00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...