Klik aje le

Thursday, October 15, 2015

Ishak rayu bantuan ubati penyakit


ISHAK CHE ENDUT (kanan) menunjukkan penyakit ganjil yang dihidapinya sejak 46 tahun lalu kepada Shamsul Izrin Isahak di rumahnya di Kampung Sira Bawah, Pulai, Baling, Kedah, semalam. utusan/norlia ramli

15 Oktober 2015 12:18 AM


BALING 14 Okt. – Seorang pesakit ketumbuhan kulit yang kronik me­rayu orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi mengubati penyakit yang dihidapinya.


Ishak Che Endut, 53, berkata, dia sudah puas berusaha mengubati penyakit ketumbuhannya itu, tetapi dia masih tidak sembuh.

“Sudah 46 tahun saya derita menanggung penyakit ganjil (Neurofibromatosis) ini, sehinggakan saya rendah diri dan tersisih dari masyarakat.

“Saya teringin bergaul dengan mereka, tetapi keadaan fizikal yang tidak seperti orang lain membuatkan saya merasa amat malu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sira Bawah, Pulai semalam.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan seluruh badannya menggerutu dan berbiji-biji hingga ada yang sebesar bola tenis.

“Kanak-kanak yang tidak biasa melihat saya juga akan menangis apabila pertama kali melihat saya, sebab itu saya jarang keluar rumah,” ujarnya yang tinggal seorang diri di rumah kecil hasil bantuan daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya lagi, dia juga memerlukan sebuah tandas sempurna bagi menggantikan tandas di rumah­nyanya yang rosak.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Shamsul Izrin Isahak, berkata, Ishak menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM. Orang ramai yang ingin membuat sumbangan, boleh menggunakan akaun Bank Islam 22-004-120835-0 atau menghubungi talian 019-4242240.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/ishak-rayu-bantuan-ubati-penyakit-1.146541#sthash.lpNEQklZ.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...