Klik aje le

Sunday, October 18, 2015

KAFA perlu dilanjutkan 
ke sekolah menengah


Taufiq Yap Yun Hin

16 Oktober 2015 1:18 AM

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan perlu komited dalam mengatasi krisis keimanan yang sering dialami oleh golongan remaja dengan melanjutkan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke sekolah menengah seluruh negara.

Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, pendedahan agama Islam di peringkat sekolah menengah melalui subjek Pendidikan Agama Islam semata-mata jelas tidak cukup untuk pelajar berke­naan.

Beliau berkata, kehidupan di alam remaja sangat mencabar dan sekiranya tersalah langkah serta tidak mempunyai iman yang kuat, peratusan untuk terjebak dengan perkara-perkara negatif seperti melahirkan anak luar nikah sangat tinggi.

“Setakat ini KAFA hanya dijalankan di sekolah rendah, namun saya berpendapat lebih bagus sekiranya pelajar-pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga lima turut mengikuti kelas agama itu.

“Penekanan Islam di setiap sekolah menengah sangat rendah sedangkan pada masa itulah remaja memerlukan pengetahuan Islam yang tinggi agar dapat membimbing mereka ke arah yang lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Wacana Eksekutif Sem­pena Sambutan Jubli Emas, Masjid Negara yang bertajuk Keindahan Kebenaran Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Menurut Taufiq, pendedahan agama Islam secara meluas bakal melahirkan umat yang beriman, sekali gus menggambarkan kecantikan dan keindahan agama Allah melalui perwatakan penganutnya.

Sementara itu, Othman berkata, program yang merupakan acara terakhir sempena sambutan 50 tahun Masjid Negara itu mempunyai nilai yang amat tinggi kepada penyebaran dakwah islamiah terhadap masyarakat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kafa-perlu-dilanjutkan-8232-ke-sekolah-menengah-1.146957#sthash.qmRfzUrR.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...