Klik aje le

Monday, October 12, 2015

MH370: Pengadu serah bukti kepada polis


Bendera yang ditemui dan diserahkan kepada polis. - Foto Harian Metro

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 OKTOBER 2015



SANDAKAN - Pengadu kepada penemuan bangkai pesawat MH370, Jamil Omar, 46, sudah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay kepada pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, ibu saudaranya Siti Kayam Kisung, 57, berkata, dia turut terkejut selepas mendengar khabar berkenaan sebelum bergegas mendapatkan bendera berkenaan.

"Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.

"Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.

"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu," katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, Jamil Omar, di Kampung Tb Wad, Batu Dua, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Siti Kayam memberitahu bahawa dia yang dari Pulau Tabawan, Selatan Filipina datang ke Sabah, pada Khamis lalu dengan membawa bendera Malaysia yang didakwa ditemui ahli keluarga mereka di pulau terbabit.

Dalam pada itu, Siti Kayam berkata orang sana (Filipina) tidak kenal bendera Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai pesawat yang hilang sebab kawasan yang kurang berpenghuni dan sangat jauh serta tiada komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

"Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...