Klik aje le

Thursday, October 22, 2015

PM tak boleh ubah sejarah negara: Ahli akademik



October 20, 2015
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.

Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah negara mahupun sejarah kewarganegaraan.

“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum bukan Melayu tidak dipersoal.

“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.

“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.

“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.

“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.

Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.

“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa Melayu.

“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita tidak persoal pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...