Klik aje le

Friday, July 29, 2016

Bawa daging, dua wanita Muslim dipukul


NEW DELHI 27 Julai - Salah seorang wanita Islam yang dipukul oleh sekumpulan penyerang kerana didakwa membawa daging di sebuah stetsen keretapi di Madhya Pradesh hari ini. - NDTV

27 Julai 2016 11:48 PM

NEW DELHI 27 Julai - Dua wanita Muslim telah dipukul di sebuah stesen kereta api kerana disyaki membawa daging lembu, satu perbuatan yang dianggap kesalahan di kebanyakan tempat di India.


Polis di Madhya Pradesh berkata, mereka diserang selepas sekumpulan orang awam mengesyaki mereka membawa daging kerbau.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh siaran televisyen tempatan menunjukkan sekumpulan wanita menampar, menendang dan menumbuk dua orang mangsa itu.

Sejurus kejadian itu, dua wanita itu ditahan oleh pihak polis dan mereka akan berdepan hukuman yang lebih ringan kerana membawa daging tanpa lesen.

Lembu dihormati oleh penganut Hindu dan menyembelih mereka adalah haram di kebanyakan negeri di India dan ada juga tempat yang menyekat penjualan serta pemilikan haiwan tersebut. - AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bawa-daging-dua-wanita-muslim-dipukul-1.362947#sthash.otsccrH9.E5130qJs.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...