Klik aje le

Monday, July 11, 2016

Hancurkan Masjid Nabawi tak akan boleh, sebab...



https://www.islampos.com | 10 Julai 2016.

KETIKA kita melakukan haji atau pun umrah, maka kita akan menjejakkan kaki di salah satu masjid di Madinah yang begitu istimewa. Ya, Masjid Nabawi merupakan masjid kedua setelah Masjid Quba yang dibina oleh Rasulullah ﷺ ketika hijrah ke Madinah. Di masjid ini juga terdapat makam Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya.

Kini, kita mendengar khabar yang menyedihkan. Di mana orang yang mengakhiri hidupnya secara tragis, membuat keresahan di Madinah, tepatnya berdekatan dengan Masjid Nabawi. Sebab, di sanalah dia melakukan aksi bom bunuh diri, yang merugikan banyak orang. Mungkin, orang tersebut berniat menghancurkan Masjid Nabawi wallahu 'alam. Tapi, siapa pun dia tidak akan pernah ada yang boleh menghancurkan tempat tersebut, kecuali dengan izin Allah SWT. Mengapa?

Masjid Nabawi mempunyai keutamaan tertentu yang tidak dimiliki oleh masjid-masjid lain. Hanya masjid pilihan yang mendapatkan keutamaan ini. Apa keutamaan masjid ini?

Masjid Nabawi adalah salah satu daripada tiga masjid yang disebutkan Al-Quran. Sebab, Allah SWT berfirman (maksudnya), "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya". (QS. Al-Isra ': 1)

Disebutkan Masjid al-Aqsa adalah isyarat nyata kepada Masjid Nabawi, kerana Aqsa adalah isim tafdzil (kata benda untuk melebihkan) dari kata qashi (jauh). Jadi, bagi orang yang berada di Makkah Al-Mukarramah, maka masjid yang jauh darinya adalah Masjid Nabawi, sedang Masjid al-Aqsa itu sendiri adalah Baitul Maqdis. Allah SWT menyebutkan Masjid Nabawi dengan isyarat kedua-dua masjid tersebut, kerana Masjid Nabawi belum ada ketika ayat-ayat Quran diturunkan.

Mengenai keutamaan Masjid Nabawi, Rasulullah ﷺ bersabda, "Solat di masjidku ini lebih utama daripada seribu sembahyang di masjid lain kecuali Masjidil Haram dan sembahyang di Masjidil Haram itu lebih utama daripada seratus ribu sembahyang di masjid lain." (Diriwayatkan Muslim)

Rasulullah ﷺ menjadikan Masjid Nabawi sebagai masjid kedua di mana perjalanan tidak diperintahkan dengan sangat kecuali kepadanya. Rasulullah ﷺ bersabda, "Perjalanan itu tidak diperintahkan dengan sangat kecuali ke tiga masjid, Masjid Haram, Masjidku ini dan Masjid al-Aqsa."

Rasulullah ﷺ memberi keistimewaan khusus kepada Masjid Nabawi yang tidak dimiliki masjid-masjid lainnya, iaitu Raudhah (taman) mulia yang disabdakan Rasulullah ﷺ dalam hadisnya bermaksud, "Di antara rumahku dengan mimbarku terdapat salah satu raudhah (taman) di taman-taman syurga." ( Muttafaq alaih)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda yang bermksud, "Barangsiapa solat empat puluh solat di masjidku ini dan tidak ada satu solat pun yang terlepas darinya, dia ditulis bebas dari neraka, bebas dari siksa dan bebas dari kepura-puraan," (diriwayatkan Ahmad, Ath-Thabrani dan At- Tirmidzi. Namun, hadis ini didhaifkan Syaikh Al-Albani dalam kitabnya, Al-Ahadis adh-Dhaifah wal Maudhu'ah hadis no. 364)

Oleh kerana itu, melawat Masjid Nabawi untuk solat di dalamnya adalah ibadah dan seorang Muslim boleh menjadikan sebagai tawassulnya kepada Tuhan, sehingga Allah SWT memenuhi keperluannya dan memberikan keredhaan kepadanya.

Rujukan: Ensiklopedia Muslim Minhajul Muslim / Karya: Abu Bakr Jabir Al-Jazairi / Penerbit: Darul Falah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...